Skip to main content

Bola Sepak

Marcus Rashford ke Barcelona. Keputusan tepat buat Manchester United?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marcus1.jpg
Pemain kelahiran England, Marcus Rashford, dikatakan bakal berhijrah ke bumi Sepanyol menyertai pasukan gergasi, Barcelona, secara pinjaman. 

Sumber ESPN melaporkan Barca bakal menanggung sepenuhnya gaji Rashford dan terdapat pilihan untuk  bersama Barcelona secara kekal pada musim panas 2026.

Menurut sumber wartawan terkemuka, Fabrizio Romano, pemain berusia 27 tahun itu dikatakan mengambil potongan gaji sebanyak 15 peratus dari gaji asalnya. 

Jaguh LaLiga itu bakal membayar sebanyak 14 juta Euro bersamaan RM69,202,000 bagi satu musim. 

Cubaan untuk menandatangani Rashford dengan kekal di Barca harus dilihat menerusi financial fair play (FFP) LaLiga termasuk kemungkinan besar penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen meninggalkan Blaugrana.

 

Marcus Rashford sudah tiba di Barcelona untuk menjalani ujian perubatan sebelum menyertai sebagai pemain Barcelona. 

Dia juga bakal dipersembahkan pada hari Selasa sebelum mengikuti skuad Barca dalam pramusim pada Khamis.

Untuk rekod, Rashford telah menyarung jersi Manchester United sebanyak 10 musim dan telah mencatatkan 138 jaringan dalam 426 penampilan bersama The Red Devils. 

Mampukah dia raih kembali ke prestasi terbaiknya di bawah kendalian Hansi Flick? Sama-sama kita nantikan.
 

Advertisement

Must Watch Video