Skip to main content

Bola Sepak

Marcelo Brozovic pilih jadi bintang baru Al-Nassr

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brozovic.jpg
Bekas pemain tengah Inter, Marcelo Brozovic, sanggup memadam impiannya ke Barcelona apabila sedia menuju ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Pemain antarabangsa Croatia tersebut dilaporkan telah mendapat lampu hijau untuk menyertai kem yang turut dibintangi Cristiano Ronaldo itu.

Inter akan menerima bayaran sebanyak €23 juta (RM117.1j) untuk Brozovic sementara pemain tengah itu sendiri akan menerima pakej keseluruhan €100j (RM509.3j) selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Sebelum ini, Barca dilaporkan ragu-ragu untuk menyambar khidmat Brozovic dan Oriol Romeu disebut-sebut antara pilihan bagi diserapkan dalam skuad kendalian Xavi itu. 

   

Advertisement

Must Watch Video