Skip to main content

Bola Sepak

Manuel Akanji pasang misi bawa Inter ke final UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akanjii.jpg
Manuel Akanji bertekad membawa kelab barunya, Inter, mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) buat sekian kali sambil menyifatkan Nerazurri sebagai kelab terbesar di Itali. 

Bek tengah Switzerland itu melengkapkan perpindahannya dari Manchester City ke Itali pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas ini. 

"Bagi saya, Intar adalah kelab terbesar di Itali, antara yang terbaik di dunia seperti yang telah mereka buktikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya. 

"Mudah untuk saya memilih kelab ini.




"Saya mampu mengisi semua posisi di tiga bahagian pertahanan.

"Di Switzerland, saya pernah bermain di bahagian tengah sebelum ini. 

"Saya suka memainkan posisi berbeza dan saya akan cuba yang terbaik di mana sahaja pengurus melihat saya (untuk diturunkan)."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video