Mantan Setiausaha Agung FAM meninggal dunia

Najmi Iman
November 15, 2024 22:08 MYT
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dalam usia 78 tahun.
Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu difahamkan meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara pada petang Jumaat.
Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting termasuk menjadi Duta Malaysia ke Filipina dan Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).
Salam takziah diucapkan. Semoga Allahyarham Tan Sri Ibrahim Saad dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
#FAM #Tan Sri Dr Ibrahim Saad
;