Jurulatih skuad bawah 15 tahun (B-15) negara P. Maniam, menganggap skuad akar umbi kendaliannya memiliki kredibiliti terbaik apabila melibatkan enam sehingga tujuh pemain untuk menjadi tulang belakang bagi tempoh yang ditetapkan dalam Pelan F:30 yang diperkenalkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Maniam yakin mereka boleh menggalas harapan. Kenyataannya itu nerujuk kepada pelan jangka masa panjang majoriti pemain berkenaan yang bakal menginjak usia 27 tahun bagi tempoh 12 tahun dari sekarang.
Dengan kehadiran beberapa pemain yang boleh dilabel sebagai antara yang menyerlah, Pelan F:30 meniti laluan terbaik untuk direalisasikan.
"Kami boleh nampak kelemahan yang mereka ada untuk kami perbaikinya bagi membolehkan mereka dapat beraksi dengan lebih baik lagi.
"Secara teknikalnya, mereka bagus tetapi saiz fizikal mereka tidak berapa tinggi dan baik.
"Kami perlu tingkatkan aspek itu dan dalam masa yang sama, ia aspek yang tidak boleh diketepikan di peringkat antarabangsa," ujarnya.
Menelusuri hasrat besar Pelan F:30, inilah kumpulan pemain-pemain yang akan memenuhinya ketika melibatkan skuad kebangsaan dengan sasaran menguasai peringkat dunia selain gah di pentas Asia.
"Kita boleh nampak banyak perkara positif terhadap perkembangan pemain B-13, 14 dan 15 di Akademi Mokhtar Dahari.
"Skuad B-16 yang sedang mengharungi Piala Belia, mereka berjaya mencapai kemenangan.
"Inilah detik kebangkitan pemain muda. Mereka begitu bersemangat dan mereka boleh bermain dengan lebih baik lagi," tambahnya.
Skuad B-15 akan berhadapan dua cabaran besar tahun ini, iaitu dalam saingan Kejohanan AFF B-15 dengan misi layak ke Piala Dunia B-17 tahun depan.