Skip to main content

Bola Sepak

Maniam tuntut keampuhan benteng PJ City tamatkan kemarau lapan perlawanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

darren-lok.jpg
Jurulatih Petaling Jaya (PJ) City, P. Maniam, mengintai peluang untuk membantu pasukannya menamatkan kemarau lapan kemenangan apabila turun menentang Sabah dalam pertemuan Liga Super di laman sendiri, malam esok. 

Dalam perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pengendali itu menegaskan dua kemenangan ke atas The Rhinos dalam aksi liga musim lalu menjadi azimat terbaik buat anak buahnya merealisasikan misi kembali meniti di landasan kemenangan liga sejak 6 April lalu berikutan rekod seimbang di antara kelab. 

"Kami perlu jadikan kemenangan ke atas mereka di laman sendiri musim lalu sebagai motivasi.

"Kami sudah serasi bermain di Stadium MBPJ dan saya rasa kami tidak seharusnya melepaskan gol. 

"Kami mencipta peluang tapi agak tumpul di bahagian penyudah. Saya harap kami dapat pamer peningkatan ketika bertemu Sabah," katanya.




Sementara itu, penyerang kebangsaan, R Kogileswaran, sudah bersedia menggempur kubu Sabah, tetapi sukar menjangkakan pendekatan lawan, lebih-lebih ketika mereka dihimpit masalah kecederaan termasuk kehilangan Rizal Ghazali. 

"Datuk Ong Kim Swee mempunyai pelbagai taktikal, dia gemar mengkaji permainan lawan.

"Sabah sebuah pasukan sebuah pasukan yang amat kuat musim ini tapi kami telah buat persiapan terbaik untuk lawan Sabah," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video