Skip to main content

Bola Sepak

Maniam tagih aksi 100 peratus PJ City lawan Melaka United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maniam.jpg
Ketua jurulatih Petaling Jaya City FC, P. Maniam, berharap pemainnya dapat memberikan aksi 100 peratus dalam perlawanan pertama Liga Super menentang Melaka United, Sabtu ini.

Walaupun enggan memberikan tekanan buat pemainnya, Maniam menegaskan bahawa Melaka merupakan pasukan yang mampu memberikan saingan dalam Liga Super, terutama selepas menandatangani penjaring terbanyak liga musim lalu, Ifedayo Olusegun, daripada Selangor FC.

Justeru, dia mahu pasukannya memberikan aksi terbaik di gelanggang sendiri bagi memastikan permulaan positif mereka musim ini.

"Perlawanan pertama, kami menentang Melaka United. Kami sudah bersedia dan ia merupakan perlawanan di tempat sendiri," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya tidak mahu memberikan tekanan buat pemain tetapi mereka perlu faham, ini adalah Liga Super dan bukan mudah untuk menentang pasukan Melaka.

"Mereka pasukan yang kuat dengan pemain import dan tempatan yang bagus.

"Ia tentang aksi pemain di atas padang, kami mahu melihat komitmen 100 peratus mereka dalam permainan dan menunjukkan segala yang telah diajar dalam latihan.

"Ini akan membantu mereka untuk bermain dengan lebih baik.

"Melaka mempunyai pemain yang bagus, termasuk Ifedayo. Mereka ada empat pemain yang baik di bahagian serangan. Sudah pasti kami perlu bertahan dengan lebih baik.

"Ifedayo kalau kita lihat, dia pemain yang amat bagus daripada segi kualiti. Dia telah membuktikannya musim lalu.

"Bukan mudah untuk menghalangnya tetapi saya rasa pemain PJ City tahu bagaimana cara untuk menghalangnya menjaringkan gol," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video