Jurulatih Selangor, P. Maniam, akan merombak kesebelasan utama untuk aksi berdepan Sarawak dalam saingan Kumpulan D, Piala Malaysia esok ekoran kecederaan beberapa tonggak utama.
Pemain sayap, Andik Vermansyah, dan pertahanan, Ugochukwu Ukah, kini masih beransur pulih daripada kecederaan manakala penyerang, Francis Forkey Doe dan Rufino Segovia, juga belum cergas.
"Ukah baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali tetapi kami tidak tahu lagi, nanti kami akan buat keputusan sama ada dia akan bermain atau tidak.
"Pada masa yang sama, kami tidak boleh memulakan Segovia, dan Andik juga masih cedera, malah Forkey Doe juga tidak cergas. Ramai pemain yang tidak boleh bermain esok.
"Bagaimanapun, kami harus mempersiapkan pasukan dan saya rasa pemain simpanan bersedia untuk menentang Sarawak esok," kata Maniam.
Walaupun bakal menurunkan pemain simpanan dalam aksi berdepan Sarawak, Maniam tetap memburu keputusan positif.
Selangor sudah mengesahkan laluan ke suku akhir tetapi perlu memastikan kedudukan teratas kumpulan untuk mendapat laluan lebih mudah dalam saingan kalah mati itu.
"Ia melibatkan persembahan pemain, mereka harus memberikan aksi terbaik secara individu dan tahap pasukan pastinya akan meningkat," tambahnya.