Skip to main content

Bola Sepak

Mangala tekad bangkit musim depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eliaquim-mangala_1qqguv66ljude1h4ul2bnd9vdi.jpg
Pertahanan Everton, Eliaquim Mangala, telah selamat menjalani pembedahan lutut, sekali gus menyaksikannya bakal terlepas baki saingan musim ini.

Dia mengalami kecederaan itu ketika membuat penampilan kali kedua buat The Toffees sejak tiba secara pinjaman dari Manchester City.

Bagaimanapun, dia kini telah menjalani pembedahan  dan pertahanan tengah dari Perancis itu menggunakan media sosial untuk menjelaskan situasinya.

"Pembedahan telah selesai. Kini, ayuh sambung bekerja kembali #EverStronger," kata kenyataannya melalui Twitter.

"Mengapa kita jatuh? Ia akan membolehkan kita bangkit semula."

Mangala dibenarkan untuk menyertai Everton selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu mendapatkan rakan senegaranya di Perancis, Aymeric Laporte.
 

Advertisement

Must Watch Video