Mane dinobat Pemain Terbaik Afrika 2022

Ammar Hakim
Julai 22, 2022 11:19 MYT
Sadio Mane telah dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik untuk 2022, mengetepikan saingan daripada bekas rakan sepasukan Liverpool, Mohamed Salah dan Edouard Mendy dari Chelsea pada anugerah CAF semalam.
Pemain baru Bayern Munich itu, yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik benua itu pada 2019, membantu Senegal memenangi kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pertama mereka pada Februari, menjaringkan penalti kemenangan untuk menumbangkan Mesir bimbingan Salah pada perlawanan akhir.
Penyerang itu menjaringkan tiga gol sepanjang pertandingan di Cameroon, selepas itu dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.
Sebulan kemudian, Mane berpengaruh dalam satu lagi kemenangan penentuan sepakan ke atas The Pharaohs, ketika Senegal mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini.

????. ? pic.twitter.com/5mnq7lt2p3

— #CAFAwards2022 (@CAF_Online) July 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di bahagian domestik pula, Mane menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan ketika Liverpool memenangi Piala EFL dan FA pada musim terakhirnya di Anfield.
Mane membuat 51 penampilan sepanjang kempen hebat 2021-22 bersama The Reds, jumlah yang hanya diatasi oleh Jordan Henderson (57), Diogo Jota (55) dan Allison (54).
Oliver Kahn, ketua eksekutif majikan baharu Mane, Bayern, adalah orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada pemain berusia 30 tahun itu, menulis di Twitter: "Kami sangat gembira dengan anugerah Sadio Mane.
"FC Bayern tidak pernah mempunyai Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik dalam barisannya dalam sejarah panjangnya, yang merupakan penghormatan istimewa untuk kelab kami.
"Kami sangat berbangga kerana dia kini bermain untuk kelab kami dan mempunyai banyak gol besar bersamanya."
#Chelsea #Bayern München #Liverpool #Sadio Mané #Mohamed Salah #Senegal #football #Premier League #Bundesliga #Africa Cup of Nations #Edouard Mendy
;