Skip to main content

Bola Sepak

Mane dalam landasan kembalikan kecergasan

sadio-mane-130717.jpg
Sadio Mane semakin hampir kembali ke tahap kecergasan tinggi, namun pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak akan membawanya dalam kunjungan ke Asia.

Pemain Senegal berusia 25 tahun itu masih dalam program pemulihan kecederaan lutut yang menamatkan kempen musim 2017, April lalu. 

Mane, yang kembali bersama skuad utama, akan terlepas untuk terbabit dalam saingan Trofi Liga Perdana Asia di Hong Kong dengan aksi sulung bertemu Crystal Palace, Rabu depan. 

Klopp optimis mengenai tahap kecergasan pemain itu dengan menganggap mereka masih mempunyai banyak masa. 

"Dia dalam keadaan sangat-sangat bagus. Dia semakin hampir untuk mengikuti latihan skuad utama," ujar pengurus Jerman itu kepada laman sesawang kelab. 

"Tidak masuk akal untuk membawanya ke Asia kerana kami memerlukan dia untuk mengambil langkah pertama mengikuti program latihan. 

"Kami akan lihat apa yang boleh kami lakukan: Sebahagian pemain bawah 23 tahun akan berada di sana, jadi sebaik dia mengikuti latihan, maka kami boleh menggunakan kesempatan yang ada. Apapun, kami harus tunggu dulu. 

"Kelmarin, dia sudah memulakan larian, anda boleh katakan dia sudah memulakan sesi latihan skuad utama dan ia kelihatan sangat bagus. 

"Dia akan bertambah baik. Tetapi selepas berehat panjang, dia perlu kembali membina otot pahanya, itu yang penting. 

"Tidak ada risiko mengenainya kerana secara semulajadi dia adalah seorang yang cergas dan sebaik memulakan latihan skuad utama, dia akan kembali cergas. 

"Kami akan menggunakan masa yang ada."




 

Advertisement

Must Watch Video