Skip to main content

Bola Sepak

Mandzukic yakin Modric mampu raih Bola Emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luka-modric-mario-mandzukic.jpg
Mario Mandzukic menyokong Luka Modric mampu menjadi pemenang anugerah Bola Emas saingan Piala Dunia.

Kapten Croatia, Modric, dilihat sebagai salah seorang calon untuk dinobat sebagai pemain terbaik Piala Dunia selepas membantu pasukan mara ke separuh akhir.

England menjadi halangan seterusnya buat Croatia di Moscow, awal pagi Khamis ini, dengan pemain tengah Real Madrid itu akan berdepan bintang-bintang Liga Perdana Inggeris.

Mandzukic berkata Modric berhak untuk menjadi pilihan untuk menjuarai Bola Emas, yang dimenangi oleh Lionel Messi pada 2014.

"Saya telah lama mengenali Modrid, bukan hanya daripada pasukan kebangsaan," katanya.

"Dia berhak untuk meraih semua penghargaan daripada media dan orang ramai.

"Modric telah bekerja keras untuk mencapai tahap ini, dia kapten dan pemimpin dan jika pasukan mampu meraih keputusan yang baik, dia mampu memenangi Bola Emas."

Advertisement

Must Watch Video