Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, melabel Mario Mandzukic sebagai "nadi pasukan " menjelang pertembungan dengan Denmark dalam pusingan kalah mati.
Vatreni lolos ke peringkat kalah mati setelah memenangi ketiga-tiga perlawanan di peringkat kumpulan, dengan mempamerkan aksi mengagumkan dalam kemenangan 3-0 ke atas Argentina.
Dalic merombak pasukannya dalam aksi terakhir Kumpulan D bertemu Iceland tetapi Croatia masih menang 2-1, dan mereka kini menuju ke Nizhny Novgorod untuk bertemu Denmark, Ahad ini.
Ini adalah kali pertama sejak mereka mencapai separuh akhir sejak penampilan sulung kempen Piala Dunia sebagai negara merdeka pada 1998 yang menyaksikan Croatia melepasi peringkat kumpulan di samping Mandzukic memainkan peranan utama.
Mandzukic belum menjaringkan gol dalam kejohanan ini, namun Dalic terkesan dengan persembahannya dan mengulas mengenai penggempur Juventus berkenaan: "Tidak kira sama ada dia menjaringkan gol atau tidak, Mario adalah nadi kepada pasukan Croatia.
"Dia memacu kami, dia adalah pertahanan pertama kami. Saya memberitahunya semasa lawatan kami ke Amerika Syarikat bahawa dia bukan seorang pemain sayap.
"Dia mungkin kekurangan gol tetapi saya berharap dia dapat melakukannya semasa bertemu Denmark dan seterusnya. Dia memberi makna besar kepada keseluruhan pasukan dan kami menghargainya."
=============================================