GREECE 0 ITALI 3
Roberto Mancini mahu Itali menambah gol keempat dalam kemenangan 3-0 ke atas Greece awal pagi tadi tetapi percaya pasukan bimbingannya itu pantas bergerak.
Itali menampilkan penguasaan dalam aksi di Athens itu, di mana tiga gol itu diraih dalam babak pertama, sekali gus mencatat kemenangan ketiga dalam saingan Kumpulan J.
Nicolo Barella, Lorenzo Insigne dan Leonardo Bonucci masing-masing menjaringkan gol tatkala skuad The Azzurri itu mengekalkan rekod bersih.
Namun, Mancini tetap menuntut anak buahnya untuk terus meningkatkan prestasi sambil berasa persembahan itu masih boleh diperbaiki.
"Saya tidak rasa ia persembahan terbaik kami," katanya.
"Apa yang penting adalah kami terus meningkat, melakukan tugas dengan baik sejak minit pertama dan menjadikan perlawanan di landasan tepat.
"Perkara paling penting ketika ini, mengapa kami tidak jaringkan gol keempat dalam babak kedua? Kami patut menghukum lebih tajam tetapi beberapa kali kami hanya duduk. Sepatutnya kami menyempurnakan beberapa peluang.
"Kami berisiko dibolosi, terutama sewaktu Greece memberi masalah menerusi serangan balas.
"Saya katakan kami mendahului jadual tetapi masih banyak kerja perlu dilakukan. Liga Negara-Negara UEFA tidak begitu buruk tatkala kami berjuang sehingga aksi terakhir."
Jaringan Insigne disempurnakan selepas melepasi Andreas Samaris selepas rehat dan ia menjadi gol pertama peribadinya buat skuad Itali dalam tempoh lebih setahun, membuatkan dia berasa teruja.
"Saya perlukan gol, menghasilkannya melalui jersi istimewa ini," ujar pemain Napoli itu.
"Selain itu, kami memerlukan tiga mata dan kini telah memulihkan tenaga menjelang satu lagi perlawanan Selasa ini.
"Saya rasa memenangi perlawanan mampu menjadi langkah utama untuk ke saingan Euro tetapi ia pasti getir dan mereka memerlukan mata. Jika kami beraksi seperti menentang Greece, objektif boleh dicapai.
"Ia bukan saya sahaja tetapi semua pemain akan bekerjasama tidak kira dalam perlawanan atau sewaktu latihan. Jurulatih menerapkan mentaliti itu dalam diri kami.
"Saya gembira dengan gol itu tetapi kami merupakan kumpulan bagus di sini dan jika kami melangkah jauh, kami memerlukan semua orang."