Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United umum tandatangani Bryan Mbeumo!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bryan-mbeumo.jpg
Saga perpindahan penyerang Brentford, Bryan Mbeumo, akhirnya dimeterai apabila menandatangani kontrak bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

Penyerang kelahiran Cameroon itu dicanang sebagai pemain terbaru pasukan sejak permulaan jendela perpindahan musim panas dibuka, dan akhirnya Brentford melepaskan khidmat pemain itu untuk menyertai The Red Devils.
 

Mbeumo dilaporkan menelan kos GBP65 juta (RM371 juta) pada peringkat awal buat juara liga Inggeris 20 kali itu selepas meledak 20 gol dalam 38 perlawanan liga musim lalu bersama The Bees.

Tottenham, yang kini dikendalikan oleh bekas bos Brentford, Thomas Frank, turut memburu penyerang kelahiran Perancis itu sebelum tawaran lebih baik daripada United memuktamadkan perpindahan berkenaan.

Tawaran ketiga United, bernilai GBP65 juta dengan tambahan GBP6 juta (RM34 juta) dalam bentuk bonus, diterima minggu lalu.



 

Advertisement

Must Watch Video