Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United tak main UCL, Marcus Rashford jadi watak penting Barcelona raih kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rashford.jpg
Marcus Rashford kembali ke England dengan penuh bergaya apabila membantu Barcelona meraih kemenangan dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi. 

Berdepan Newcastle United, skuad kendalian Hansi Flick itu menghadapi kesukaran pada separuh masa pertama, namun masalah itu berjaya ditangani tatkala memasuki babak kedua permainan. 

Usai penghijrahan penyerang Manchester United itu yang menyertai kelab Sepanyol tersebut secara pinjaman, Rashford menonjolkan kualiti aksi terpuji dan sering melancarkan serangan berbahaya ke arah lawan. 

 

Jaringannya pada minit ke-58 dan 67 sudah cukup buat gergasi LaLiga pulang dengan tiga mata penuh menumpaskan tuan rumah 2-1. 

Tatkala pemain kebangsaan Poland, Robert Lewandowski, gagal memanfaatkan beberapa peluang, Rashford menjadi watak utama skuad Blaugrana dengan misi mahu mengubati kekecewaan ke final musim ini.

Untuk rekod, Barca terkandas dalam separuh akhir selepas tumpas kepada Inter Milan, musim lalu.
 
Football

Jersi MU Terkini

Tunjukkan semangat Red Devils anda. Lengkapkan koleksi MU anda hari ini!


Beli Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video