Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United sambar khidmat Matheus Cunha

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cunhga.jpg
Manchester United mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan dengan Wolves untuk mendapatkan khidmat Matheus Cunha.

Pemain Brazil itu bakal menjadi pemain pertama yang dibawa masuk di bawah kendalian Ruben Amorim, selepas kelaB itu mencetuskan klausa pelepasan bernilai £62.5 juta.



 

Cunha akan menandatangani kontrak lima tahun bersama The Red Devils bersama pilihan untuk melanjutkan kontrak 12 bulan lagi.

Pada 2024/25, pemain berusia 26 tahun itu telah membuat 33 penampilan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), menamatkan saingan liga dengan 15 gol dan enam bantuan jaringan.

Dia turut mencipta 57 peluang yang merupakan lebih banyak daripada mana-mana rakan sepasukannya, selain 110 rembatan (44 tepat ke sasaran), dan lebih banyak daripada mana-mana pemain United.



 

Advertisement

Must Watch Video