Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United sahkan pelantikan Van Nistelrooy sebagai pembantu Ten Hag

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ruud-van-nistelrooy_496dn6r860o818cvcn30zoc5b.png
Manchester United telah mengesahkan ketibaan Rene Hake dan Ruud van Nistelrooy sebagai penolong pengurus kepada Erik ten Hag.

Gandingan itu menyertai Red Devils menjelang musim Liga Perdana Inggeris 2024-25, menggantikan Mitchell van der Gaag dan Benni McCarthy yang meninggalkan staf kejurulatihan pasukan.

Van Nistlerooy kembali ke kelab yang dia habiskan selama lima tahun sebagai pemain, menjaringkan 95 gol dalam 150 penampilan EPL.

Bekas pemain kebangsaan Belanda itu sebelum ini mengendalikan PSV Eindhoven di Eredivisie, membawa mereka ke Piala KNVB dan perisai Johan Cruyff semasa kempen 2022-23.

Hake juga membawa banyak pengalaman pengurusan, setelah menguruskan Go Ahead Eagles dan Utrecht sebelum ini.



“Bersama-sama dengan Erik, kami sedang berusaha untuk mengukuhkan semua bidang operasi pasukan utama, dan menyegarkan kakitangan kejurulatihan adalah bahagian penting daripada itu,” kata pengarah sukan baharu, Dan Ashworth, kepada laman web rasmi kelab.

“Ia adalah satu keseronokan untuk mengalu-alukan kembalinya Ruud ke kelab di mana dia menikmati begitu banyak kejayaan sebagai pemain, dan saya tahu bahawa dia dan Rene akan membantu mengukuhkan mentaliti kemenangan dan standard tinggi yang kami sasarkan.”

Manchester United memulakan persiapan pramusim mereka menentang kelab Norway Rosenborg Isnin depan di Stadion Lerkendal.

Perlawanan kompetitif pertama Ten Hag pada musim baharu berlangsung pada 10 Ogos menentang pesaing Manchester City dalam Perisai Komuniti, perlawanan ulangan kemenangan Piala FA Mei lalu.

Advertisement

Must Watch Video