Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United sah bawa skuad penuh ke Bukit Jalil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim.jpg
Manchester United mengesahkan akan membawa skuad penuh bagi aksi persahabatan menentang ASEAN All Star di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 28 Mei ini.

Perkara itu disahkan ketua jurulatih kelab itu, Ruben Amorim, ketika mengumumkan senarai pemain yang akan menyertai jelajah pasca musim di Kuala Lumpur dan Hong Kong hujung bulan ini.

Menurut kenyataan di laman web kelab itu, Amorim berkata kehadiran penuh skuadnya bukan sekadar tuntutan komersial, sebaliknya sebagai simbol penghargaan kepada peminat yang setia menyokong kelab itu.

"Kami akan berhubung dengan peminat kami di seluruh dunia dan itu penting, terutama ketika kami kalah dan mengecewakan penyokong kami dalam musim yang sukar ini.

"Jadi, saya rasa itu adalah sekurang-kurangnya yang boleh kami lakukan.

"Kami akan membawa seluruh pasukan, termasuk pemain muda dan kakitangan juga akan turut serta. Kami telah mengalami banyak perubahan kakitangan, jadi kami cuba membina sesuatu sebagai sebuah keluarga. Saya rasa itu juga satu perkara yang baik," katanya.

United, yang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-15, akan berdepan Tottenham Hotspur di Bilbao pada 21 Mei ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video