Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United lepaskan Anthony, sambar khidmat Lammens

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

antt.jpg
Manchester United mendapatkan persetujuan bersama Real Betis untuk melepaskan penyerang kelahiran Brazil, Anthony, itu secara perpindahan tetap dengan perjanjian bernilai £25 (RM145 juta).

Anthony menghabiskan separuh kempen 2024/25 dipinjamkan ke kelab La Liga itu selepas menyertai The Red Devils pada 2022 daripada Ajax.

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun itu telah menyumbangkan Sembilan gol sepanjang tempoh dipinjamkan, malah menjadi pemain kegemaran penyokong di bawah kendalian Manuel Pellegrini. 


 

Dalam pada itu, United melengkapkan perpindahan penjaga gol Royal Antwerp, Senne Lammens, pada hari terakhir jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.



 

Lemmens antara pemain baru yang dibawa masuk ke Old Trafford bagi memperkuatkan United selain Bryan Mbeumo, Benjamin Sesko dan Matheus Cunha.
Manutd Jersey

Bukan Sekadar Jersi

Jersi Manchester United boleh dipakai di padang mahupun sebagai gaya kasual harian.


Order Sekarang

Advertisement

Must Watch Video