Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United gilap kualiti Mason Mount imbangi jentera tengah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mason-mount.jpg
Pengurus, Erik Ten Hag, sedia menggunakan Mason Mount di bahagian tengah dalam bagi mengimbangi benteng dan jentera serangan Manchester United. 

Mount membuat penampilan sulung bersama The Red Devils dalam Liga Perdana (EPL) berikutan perpindahan bernilai £60 juta (RM355.4j) daripada Chelsea, namun bergelut untuk mencipta impak sebelum digantikan oleh Christian Eriksen pada minit ke-68, dan pemain Denmark itu menawarkan lebih banyak perlindungan di bahagian di samping Casemiro.

Tetapi Ten Hag percaya Mount yang kerap diletakkan di posisi hadapan ketika di Chelsea mampu menyesuaikan diri dengan peranan yang lebih mendalam seperti Eriksen.

“Saya fikir dia berbolehan dan kami sudah melihatnya dalam pra-musim,” kata Ten Hag.

“Kami perlu berusaha keras terhadap fakta permainan kami, terhadap bahagian tengah dan kerjasama dalam bagaimana kami perlu mengerakkannya. 

“Saya pasti kami akan mengusahakannya. Ia tidak datang dalam sekelip mata kerana jika ia mudah maka semua orang pasti boleh melakukannya.




“Christian Eriksen dimasukkan dan memainkan peranan itu, ia adalah kali pertama dalam hidupnya dia memainkan peranan yang mendalam. Adalah menjadi cita-cita Kristian dan juga cita-cita Mason untuk menjadi pemain serba boleh. 

“Ia tidak akan berhasil dalam semalaman. Ada proses yang perlu kami lalui tetapi saya pasti dengan kecerdasan permainannya, dia memiliki kebolehan teknikal dan juga dia cekap mengawal bola. jadi Dia tahu bagaimana untuk menangani bola.


 

“Dia mempunyai dinamik dan dia mempunyai mentaliti. Dia sudah ada kesemua kualiti itu.”

Advertisement

Must Watch Video