EPL
Manchester United beraksi di Malaysia 28 Mei ini, bertemu bintang terbaik ASEAN!
Manchester United bakal kembali ke Malaysia buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun untuk bertemu Barisan Bintang ASEAN di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Mei ini.
Bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bakal hadir ke dua negara Asia, termasuk Hong Kong, sebahagian daripada jelajah pascamusim mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
United, kini di bawah pimpinan Ruben Amorim, menempuhi musim sukar dalam saingan Liga Perdana Inggeris, apabila menghuni tangga ke-14, -- hanya 16 mata di atas zon penyingkiran.
Kali terakhir United ke Malaysia ketika jelajah pramusim 2009, bertemu Harimau Malaya dua kali di SNBJ, di mana mereka menang 3-2 pada 18 Julai dan 2-0 dua hari berikutnya.
Pasukan EPL terakhir berkunjung ke Malaysia adalah Liverpool, yang bermain dengan pasukan Malaysia XI di bawah pimpinan Datuk Dollah Salleh pada 2015, perlawanan yang berakhir dengan keputusan 1-1.