Manchester United belum pasti kelibat Bruno Fernandes jumpa Tottenham

Shaiful Shamsudin
April 27, 2023 08:43 MYT
Kecergasan Bruno Fernandes menimbulkan tanda tanya menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Manchester United dengan Tottenham, awal pagi esok.
Pemain tengah tersebut dipaksa dikeluarkan dalam kemenangan separuh akhir Piala FA ke atas Brighton & Hove Albion, tiga hari lalu, gara-gara kecederaan buku lali dan selepas itu dilihat menyarung pendakap kaki.
Begitupun, pada malam sebelum mereka bertandang ke Spurs, Erik ten Hag belum dapat mengesahkan sama ada Fernandes sedia diturunkan mahupun tidak.
Bahkan pengurus dari Belanda itu tidak bersedia untuk mendedahkan adakah pemain tengah tersebut masih perlu direhatkan bagi pertemuan penting berkenaan.
"Ada beberapa pemain yang belum bersedia," katanya.
"Martinez, Varane. Kami kena lihat sejauh mana keadaan Bruno Fernandes. Kami belum pasti. (Keadaannya) masih menjadi tanda tanya.

Iceman ? We’re heading back to Wembley United? pic.twitter.com/733a9JoPiu

— Bruno Fernandes (@B_Fernandes8) April 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pemain cenderung memakai pendakap kerana kami ingin melindungi mereka. Tetapi buku lalinya perlu surut bengkaknya terlebih dahulu. Kita semua melihat dia bermain sepanjang 90 minit sebelum masa tambahan sedangkan kecederaan ini berlaku dalam separuh masa pertama.
"Ini perlawanan pertengahan minggu jadi esok mungkin terlalu terburu-buru tetapi kami perlu melihat sebarang kemungkinan."
;