Man Utd dan Martial sah berpisah

Najmi Iman
Mei 27, 2024 07:46 MYT
Selepas pemain kebangsaan Perancis, Raphael Varane, memutuskan untuk berpisah bersama dengan juara Piala FA Inggeris, Manchestser United, kini, giliran rakan sepasukannya, Anthony Martial, memilih untuk keluar.
Pemain yang memakai jersi nombor sembilan itu mengesahkan statusnya susulan baki kontrak yang akan tamat pada Jun ini.
Sepanjang sembilan musim bersama The Red Devils, pemain berusia 28 tahun itu sudah merekodkan sebanyak 90 gol dalam semua kejohanan bersama United tetapi sering kali menghadapi masalah kecederaan yang berlarutan hingga kini.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Martial meluahkan rasa sedih apabila perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Stadium Old Trafford.
"Sejak saya tiba pada tahun 2015, buat kali pertama saya telah mendapat sambutan dan penghormatan tertinggi daripada peminat kelab ini.
"Saya ingin mengutuskan ucapan terima kasih yang tidak berbelah bahagi dan sangat terharu melihat semangat yang diberikan.
"Saya berbangga kerana dapat berkongsi padang bersama setiap pemain dan barisan kejurulatihan selama saya membina kerjaya di sini
"Sebagai pengakhiran, Manchester United akan sentiasa berada di hati saya," katanya.
#bola sepak #Manchester United #Anthony Martial #Liga Perdana Inggeris
;