Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Man Utd adakan 'dialog terbuka' dengan Pogba, kata Solskjaer

pogba.jpg
Ole Gunnar Solskjaer percaya Paul Pogba gembira di Manchester United dan berkata 'dialog terbuka' telah dibuat bagi melanjutkan kontrak pemain tersebut.

Masa depan pemain kebangsaan Perancis itu menjadi titik perbincangan berterusan selepas dikaitkan dengan Real Madrid dan Juventus.

Pogba, 27, memiliki kontrak bersama United sehingga 2022, tetapi ejennya, Mino Raiola, berkata tahun lalu bahawa pemain tengah itu tidak gembira di Old Trafford dan berhasrat untuk berhijrah.

Pengurus United, Solskjaer berkata Pogba gembira di United dan mencadangkan tawaran baru sedang diusahakan.

"Kami telah melakukan dialog terbuka yang baik dengan Paul dan banyak berbincang bagi melihat keadaan yang diperlukan antara kelab dan pemain tersebut," katanya.

"Saya sangat gembira kerana dia fokus dan bermain dengan baik. Dia gembira dan itu perkara paling penting. Anda dapat melihat Paul menikmati bola sepak ketika menyarung jersi pasukan.

"Perbincangan kami kekal bersifat perbiadi. Tetapi sebagai contoh, Paul adalah pemain Manchester United. Dia telah lama bersama pasukan ini, telah belajar mengenai sejarah dan semangat kelab ini.

"Dia mahu melakukan yang terbaik untuk United ketika dia di sini dan saya rasa kita sudah melihatnya - bahawa dia benar-benar menjaga pasukannya dan dia berusaha untuk berjaya seperti orang lain."
 

Pogba menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Burnley dan Fulham bulan lalu dan Solskjaer memuji persembahan pemain tengah itu.

"Jawapannya adalah Paul benar-benar tersusun, dia bekerja keras, dia berada dalam keadaan yang sihat.

"Saya telah mengatakan ini berkali-kali bahawa dia mengalami musim yang buruk musim lalu dengan kecederaan dan dia diuji positif Covid-19 pada permulaan musim, tetapi dia benar-benar bekerja keras dan bermain dalam pasukan yang bermain dengan baik dan dia menjadi inspirasi besar untuk semua pemain."

United mampu menyamai mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City dengan kemenangan ke atas Everton awal pagi esok.
 

Advertisement

Must Watch Video