Mampukah Mo Salah bantu Mesir julang AFCON 2023?
Daeng Dhadyry
Januari 13, 2024 14:16 MYT
Januari 13, 2024 14:16 MYT
Mohamed Salah akan berusaha untuk mengetuai Mesir untuk mencatat rekod kejayaan kelapan apabila Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 bermula di Ivory Coast pada hari Sabtu.
Good luck to @MoSalah competing in the #AFCON2023 with #TeamEgypt ??? pic.twitter.com/I5cAch1MNt
— Liverpool FC (@LFC) January 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyerang Liverpool itu terlepas sepakan penalti pada perlawanan akhir Afcon edisi 2021 menentang Senegal, dengan bekas rakan sepasukan The Reds, Sadio Mane menjaringkan sepakan penalti kemenangan.
Juara bertahan itu adalah antara pilihan untuk menjulang trofi tetapi berdepan ancaman dari seluruh benua, dengan ketidakpastian kejohanan yang digariskan oleh fakta tujuh edisi yang lalu menghasilkan tujuh pemenang yang berbeza.
Maghribi adalah pasukan ranking teratas Afrika di tempat ke-13 dunia selepas kempen bersejarah mereka mara hingga ke separuh akhir Piala Dunia 2022, walaupun Nigeria boleh bangga dengan penyerang sensasi mereka, iaitu Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik, Victor Osimhen.