Skip to main content

Bola Sepak

Maldini, Diaz bawa Milan ke puncak Serie A

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daniel-maldini-ac-milan-versus-spezia_.jpg
Daniel Maldini menemui sasaran dalam aksi Serie A sebelum Brahim Diaz memastikan Milan merakam kemenangan 2-1 ke atas Spezia sebentar tadi.

Maldini, anak kepada legenda Itali dan Rossoneri, Paolo, menikmati permulaan penuh cemerlang selepas menanduk masuk jaringan pembukaan buat skuad Stefano Pioli di Stadium Alberto Picco.
 

Bagaimanapun, percubaan Daniele Verde menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 10 minit sebelum Diaz memastikan kelebihan buat pelawat pada penghujung permainan.

Milan menghapus badi kekalahan mengejut 2-0 dalam perlawanan sama musim lalu untuk mendaki ke tangga teratas liga dengan berkelebihan satu mata, walaupun pasukan memiliki kelebihan satu perlawanan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video