Malaysian University berterima kasih kepada JDT beri kelonggaran guna SSI


Jun 27, 2024 18:03 MYT
Pasukan yang bermain di liga A1, Malaysian University FT boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjelang aksi suku akhir pertama Piala FA Malaysia, telah mendapat persetujuan pihak JDT.
Malaysian University FT yang dijadualkan untuk menjadi tuan rumah aksi pertama tersebut walaubagaimanapun terpaksa untuk memohon untuk bermain di SSI atas sebab ketidaksesuaian stadium yang dimiliki mereka pada ketika ini untuk menjadi hos perlawanan tersebut.
Menurut pengurus pasukan mereka, Mohd Farid Dewan berkata perbincangan telah dilakukan bersama pihak pasukan JDT sejurus mereka layak ke pusingan suku akhir.
"Kita ada berbincang dengan pihak pengurusan JDT selepas pusingan 16 tempoh hari, dan pada mulanya memang kita memohon untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim sebab kita tiada stadium di sini" ujarnya.
“Kita adalah pasukan amatur jadi venue kita kebanyakannya di universiti. Jadi kita memang tiada venue yang sesuai dan memohon serta hantar surat kepada JDT supaya mereka dapat bantu untuk bermain di SSI" tambah beliau.
“Syukur surat yang kita hantar telah dibalas oleh JDT dan mereka berlapang dada untuk bagi kita guna stadium mereka secara percuma dan ada juga beberapa benda lain yang JDT sanggup untuk bantu kita termasuklah dari segi tenaga kerja dan juga kos keselamatan."

Info Siaran Langsung & Live Streaming Malaysian University FT vs JDT (Suku Akhir Pertama Piala FA Malaysia 2024)

Malaysian University FT akan bertemu JDT dalam aksi suku akhir pertama Piala FA Malaysia pada Sabtu, 29 Jun 2024 pada jam 5:30 petang. Perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena Bola 2 CH804 dan strim secara langsung di aplikasi Astro GO.
#JDT #Piala FA Malaysia #Malaysian University
;