BOLA SEPAK

Malaysia tundukkan Nepal -- Peter Cklamovski, Hector Hevel jadi perbualan hangat di Malaysia!

Lily Hamzah 26/03/2025 | 06:47 MYT
Malaysia tampil garang dalam aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2027, menundukkan lawan Nepal dengan keputusan masa penuh 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa.
Tanpa sebarang perlawanan persahabatan diatur berbanding Nepal yang mengaibkan Singapura dalam pertemuan sebelum ini, anak buah jurulatih kelahiran Australia Matt Ross dianggap berada dalam motivasi baik dan tinggi berdepan skuad negara.
Hakikatnya, seorang lagi ketua jurulatih baru kelahiran Australia, Peter Clamovski — dipertanggungjawab mengendali Harimau Malaya, turut tular di laman media sosial dengan dendangan lagu Negaraku sebelum perlawanan bermula hadir dengan perancangan tersendiri menyaksikan penguasaan, tempo, serta penyusunan pemain membuahkan hasil.
Walaupun beberapa peluang terhidang gagal temui penyudah, antara yang mencuri tumpuan semestinya pemain warisan baru negara Hector Hevel bagi ‘teaser’ buat semua peminat sukan bola sepak negara menyerlahkan DNA bola sepak gaya Sepanyol berdarah Belanda turut dipersembahkan dalam aksi sulung bersama Harimau Malaya.
Rembatan dari luar kotak penalti memaksa Nepal menelan pahit Malaysia berkelebihan seawal minit ke29 sebelum Corbin Ong yang berada di posisi terabaik menggandakan kedudukan.
Malaysia kini berada di kedudukan kedua Kumpulan F dengan tiga mata, berkongsi mata dengan Vietnam yang menewaskan Laos dalam satu lagi aksi serta dijadual bertemu Vietnam pada pada Jun nanti.