PIALA ASIA
Malaysia TIDAK GAGAL, Hamidin pertahan prestasi di Qatar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin anggap Harimau Malaya tidak gagal di Piala Asia Qatar.
"Saya faham peminat pandang tinggi dan mahukan kejayaan.
"Ini masa kita kalah untuk kita tingkatkan prestasi, kita akan kembali dengan lebih kuat.
Iklan
S/U Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman percaya peruntukan RM5 juta yang disalurkan kerajaan mampu suntik semangat Harimau Malaya untuk capai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.@ASTROARENA pic.twitter.com/kbx4dxetR0— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) January 27, 2024
"Ini bukan satu kegagalan", kata Hamidin sejurus tiba bersama Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Kepulangan skuad negara turut disambut meriah oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta ratusan penyokong Harimau Malaya.
![](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/01-jan/27/fam.jpg)
Malaysia menamatkan kempen Piala Asia 2023 dengan kutipan satu mata menentang pasukan di ranking ke-23 dunia, Republik Korea manakala terpaksa akur kepada dua lagi pasukan dalam kumpulan E, iaitu Bahrain dan Jordan yang masing-masing melangkah ke pusingan 16 terbaik.
Susulan keputusan itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dana tambahan RM5 juta buat FAM untuk pembangunan bola sepak negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim umum peruntukkan RM5 Juta buat FAM ??#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/MUPSSTqM5l— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 26, 2024
Must-Watch Video