Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia tetap tidak akan beraksi di Pyongyang -- Hamidin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamidin17417.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekal dengan pendirian untuk tidak beraksi di Pyongyang bagi aksi pembukaan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 sambil menuntut perlawanan itu diadakan di gelanggang berkecuali.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, menjelaskan Korea Utara telah menghantar maklum balas kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) supaya perlawanan kekal di Pyongyang.

Namun, Hamidin menjelaskan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak mahu tunduk dengan kemahuan Korea Utara atas faktor keselamatan pemain dan pegawai negara.

Tambahnya, FAM juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada kerajaan Malaysia mengenai hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

"AFC telah menghantar surat kepada FAM untuk menyatakan hasrat untuk beraksi di gelanggang berkecuali ataupun tidak. Kami telah berhubung dengan kerajaan Malaysia bagi mengenal pasti keadaan semasa di antara kedua-dua negara," kata Hamidin.

Advertisement

Must Watch Video