JORDAN 4 MALAYSIA 0
Malaysia berdepan realiti pahit apabila mengalami kekalahan 4-0 ketika bertemu Jordan dalam aksi persahabatan di Stadium King Abdullah II, Amman.
Hadir ke bumi Amman dengan misi mencari garapan terbaik dalam corak permainan Harimau Malaya sebagai fasa persiapan menghadapi dua kejohanan utama -- Piala AFF penghujung tahun ini dan Kelayakan Piala Asia 2023 bermula Februari tahun depan.
Berdasarkan rekod pertemuan antara Malaysia dan Jordan sejak 20 tahun lalu, Harimau Malaya hanya mampu seri sekali dalam tiga aksi persahabatan yang diadakan iaitu pada 2009 dengan selebihnya tewas tipis 0-1 pada 2002 dan 2019.
Bertemu lawan yang berada di ranking ke-93 dunia, corak permainan 'high pressing' ditekankan oleh Jordan tidak memberikan ruang buat Malaysia merencanakan permainan yang lancar, kelebihan daripada sudut fizikal juga turut membataskan Malaysia untuk menembusi benteng pertahanan lawan.
Malaysia ketinggalan pada minit ke-34, pertahanan negara, Irfan Zakaria gagal membaca hantaran silang pemain lawan sebelum disumbat masuk Ali Olwan mengatasi penjaga gol, Khairulazhan Khalid.
Odai Al-Saify menggandakan kedudukan buat tuan rumah apabila berlaku kekeliruan antara Khairulazhan dan kapten pasukan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, untuk mudah menampan masuk bola mengecewakan Harimau Malaya buat kali kedua.
Tidak sempat mengatur langkah pada permulaan separuh masa kedua, Jordan menjadikan kedudukan 3-0 menerusi Olwan pada minit ke-46 sebelum dia melengkapkan hatrik tiga minit kemudian.
Malaysia cuba melancarkan serangan namun Jordan kekal tenang mengawal rentak permainan sehingga tamat perlawanan.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe sekali lagi turun beraksi Sabtu ini bertemu Uzbekistan.