Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia perbaharui ranking FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-new.jpg
Kemenangan berturut-turut tahun 2025 telah membantu Malaysia melepasi Indonesia dalam kemas kini terkini ranking FIFA dan merampas semula tempat ketiga di Asia Tenggara.
 

Malaysia memperoleh 13.3 mata, naik lima anak tangga ke tangga ke-118, berikutan dua kemenangan ke atas Laos dalam kelayakan Piala Asia 2027. 

Indonesia kehilangan 13.21 mata dan jatuh tiga anak tangga ke tangga ke-122 selepas tewas 2-3 kepada Arab Saudi dan 0-1 kepada Iraq pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Kali terakhir Indonesia menduduki tempat di bawah Malaysia ialah pada Februari 2024, apabila berada di tangga ke-142, 10 tempat di belakang Malaysia.

Berdasarkan ranking bulan lalu, Indonesia masih empat anak tangga lebih tinggi daripada Malaysia.

Kebangkitan Malaysia didorong oleh kemenangan konsisten pada 2025. 

Pasukan kendalian Peter Cklamovski mencatatkan enam kemenangan, satu seri dan satu kekalahan, termasuk empat kemenangan dalam kelayakan Piala Asia 2027. 

Peningkatan itu melonjakkan Malaysia ke tempat ketiga di Asia Tenggara, di mana Thailand masih nombor satu, memperoleh 13.17 mata dan naik lima anak tangga ke tangga ke-96 selepas kemenangan 2-0 dan 6-1 ke atas Chinese Taipei dalam kelayakan Piala Asia.

Di tempat kedua, Vietnam turut naik tiga anak tangga dalam ranking dunia ke tangga ke-111 selepas menewaskan Nepal 3-1 dan 1-0 dalam kelayakan Piala Asia, memperoleh 13.7 mata.

Pasukan Asia Tenggara lain dalam ranking itu termasuk Filipina (141), Singapura (155), Myanmar (163), Kemboja (179), Brunei (185), Laos (188), dan Timor Leste (197).
 

Advertisement

Must Watch Video