Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia penuh bergaya benam Papua New Guinea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-2023.jpg
Malaysia melakar kemenangan bergaya dalam aksi persahabatan antarabangsa tier 1 dengan mengatasi Papua New Guinea 10-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Selepas memperoleh kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Soloman tempohari, ketua jurulatih, Kim Pan-gon menyenarai skuad berbeza dalam perlawanan malam ini ketika bertemu Papua New Guiena, enam pertukaran daripada kesebelasan utama hampir membuahkan hasil apabila selepas hanya tiga minit beraksi, kapten pasukan, shahrul Saad berpeluang membuka tirai jaringan namun bergaya dihalang penjaga gol lawan.

Gawang skuad kebangsaan yang dikawal Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pula mula diancam selepas 30 minit saingan berlangsung, apabila Ati Kepo melakukan percubaan dari jarak jauh namun sekadar tersasar.

Menuju ke masa rehat, kekasaran terhadap Akhyar Rashid di kawasan bahaya memaksa pengadil perlawanan untuk menghadiahkan penalti kepada skuad negara dan Safawi Rasid tidak mengecewakan untuk Malaysia untuk mendahului 1-0.

Ternyata jaringan tunggal dalam separuh masa pertama itu menjadi suntikan semangat luar biasa buat Malaysia, bermula dengan Paulo Josue yang meledak gol pada minit ke-52, disusuli oleh Arif Aiman Md Hanapi lima minit kemudian menjadikan kedudukan 3-0.

Tiga lagi jaringan yang dihasilkan oleh Faisal Halim, Arif dan Josue meletakkan Malaysia jauh mendahului dengan kelebihan enam jaringan ketika perlawanan berbaki 30 minit. 

Josue melengkapkan hatrik pada minit ke-70 sebelum giliran Daniel Ting menjadikan kedudukan 8-0.

Sebelum tamat perlawanan, Arif Aiman melengkapkan hatrik sebelum meledak gol yang ke-10 pasukan dalam masa kecederaan. 

Kemenangan ke atas Papua New Guinea itu dianggap yang terbesar pernah direkodkan di bumi sendiri selepas kali terakhir Harimau Malaya 'berpesta gol' ketika membenam Timor Leste 7-1 dalam aksi pertama playoff Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 Jun 2019.


 

Advertisement

Must Watch Video