BOLA SEPAK MSIA
Malaysia lwn Republik Kyrgyz: "Kami tiada tekanan"
Menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia yang akan menemukan pasukan negara dan Republik Kyrgyz, ketua pasukan mereka menyatakan tiada tekanan bagi mereka untuk menghadapi perlawanan ini.
Dalam sesi sidang media pra perlawanan semalam, ketua pasukan dan juga pemain pertahanan Republik Kyrgyz, Valery Kichin memberikan jaminan bahawa motivasi pasukan kini berada dalam situasi terbaik untuk memenangi perlawanan menentang Malaysia.
"Sasaran pasukan kini hanya satu, untuk menang. Kami telah melakukan persediaan yang baik di Jalal-Abad untuk perlawanan ini, dan terus optimis dan sangat berkeyakinan" katanya.
Iklan
"Kami memang tiada tekanan menghadapi perlawanan ini, meskipun perlawanan lalu tidak memihak kepada kami dan kami berasa terhutang terhadap penyokong kami. Kami tewas perlawanan lalu, walaupun telah mendahului. Kini kami bermain di laman sendiri, dan semua orang tidak mengharapkan apa apa kecuali kemenangan" tambahnya lagi.
Anda boleh saksikan secara langsung perlawanan penting ini di Astro Arena HD saluran 801 & 803 bermula dengan pra-rancangan pada jam 10 malam ini dan sepak mula bermula 11 malam.
Must-Watch Video