Malam ini, Harimau Malaya akan turun beraksi menentang Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027. Satu perlawanan yang nampak mudah di atas kertas, tapi penuh tanda tanya selepas kekecohan besar melanda skuad negara baru-baru ini.
Dengan tujuh pemain Malaysian Abroad yang digantung FIFA, jurulatih Peter Cklamovski kini perlu membuktikan bahawa semangat dan kualiti pasukan tidak bergantung kepada nama besar semata-mata. Ini bukan sekadar perlawanan untuk tiga mata malah, ia soal maruah dan kebangkitan.
Atas kertas, Malaysia jelas mendominasi Laos dengan rekod perlawanan dalam 5 pertemuan sebelum ini semuanya memihak kem negara dan pertemuan terakhir adalah perlawanan persahabatan pada November 2024 berakhir dengan kemenangan 3-1 untuk Malaysia.
Malaysia datang ke perlawanan ini dengan reputasi sebagai pasukan pilihan, tetapi tekanan kini lebih besar kepada pemain tempatan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Hal ini juga bakal menjadi tumpuan buat seluruh peminat boal sepak tanah air yang menantikan percaturan yang bakal dilakukan Cklamovski selepas insiden yang terjadi.
Secara keseluruhan, Malaysia masih memiliki kelebihan ketara dari segi pengalaman dan taktikal, tapi ini juga peluang untuk membina semula identiti Harimau Malaya dengan tenaga tempatan. Selepas berminggu-minggu dibayangi isu luar padang, malam ini adalah masa untuk skuad negara menunjukkan karakter sebenar mereka. Jika mereka mampu kekal fokus dan tenang, kemenangan bukan sahaja mungkin, tapi juga jadi simbol kebangkitan.
Grab Cepat

Nike BIG Discount
Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!
Grab Cepat