Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia jadi saksi pertembungan dua pasukan Piala Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uzbekistan-uruguay.jpg
Malaysia dipilih sebagai venue pertembungan aksi persahabatan dua pasukan yang sudah melayakkan diri ke Piala Dunia, iaitu Uzbekistan dan Uruguay pada 13 Oktober depan.

Perkara itu diumumkan Persatuan Bolasepak Uzbekistan dalam satu kiriman media sosial semalam.

Bagaimanapun, stadium mana yang bakal dipilih masih belum diketahui setakat ini.

Sebagai rekod, Uzbekistan layak ke Piala Dunia 2026 dengan menduduki tempat kedua saingan Kumpulan A pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Zon AFC pada Jun lalu.

Uruguay pula layak ke kejohanan bola sepak terbesar dunia itu dengan menduduki tempat ketiga pusingan kelayakan CONMEBOL.
 

Advertisement

Must Watch Video