Pemain muda PSV Eindhoven, Iggy Houben, berasakan kesempatan untuk mewakili skuad kebangsaan merupakan satu peluang terbaik dalam karier bola sepaknya.
Ini susulan sebelum ini dia menjelaskan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi neneknya yang dilahirkan di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Ketika ditanya dalam sesi soal jawab mengenai pandangannya untuk mewakili skuad Harimau Malaya, dia berkata: "Saya rasa ia peluang yang baik dan sangat gembira mengenai perkara itu.
"Saya tidak pernah datang ke Malaysia. Saya harap suatu hari nanti. Terima kasih kerana bertanyakan soalan, Malaysia boleh!." katanya.
Pemain berusia 19 tahun itu turut menjelaskan dia boleh beraksi di tiga posisi berbeza iaitu di bahagian sayap kiri, sayap kanan dan perancang tengah dalam satu video yang dimuatnaik Fr Future Talents.
Saufi Tahir
Sat Nov 23 2024