Skuad Malaysia (B-16) bakal mengharungi cabaran menarik di peringkat antarabangsa hujung Mei ini.
New Zealand Football melaporkan Malaysia menjadi sebahagian daripada enam negara yang menyertai kejohanan baru anjuran Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) iaitu FIFA Youth Series.
Selain Malaysia, New Zealand, Guatemala, Paraguay, Tunisia dan tuan rumah, Switzerland, turut mengambil bahagian.
Kejohanan yang berlangsung di Zurich, Switzerland itu bertujuan memberi pendedahan kepada pemain-pemain B-16 di peringkat antarabangsa sebelum menyertai mana-mana kejohanan bawah B-17 anjuran FIFA.
Ia turut berperanan sebagai kejohanan pemanas badan buat anak buah Javier Jorda Ribera itu sebelum mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia B17 2025 pada Oktober depan.
FIFA Youth Series menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Paraguay dan Tunisia. New Zealand, Guatemala dan Switzerland pula berada dalam Kumpulan A.
Format kejohanan menyaksikan setiap negara menghadapi dua aksi kumpulan masing-masing. Ini disusuli penentuan tempat kelima, penentuan tempat ketiga dan juara kejohanan.
Pasukan yang menduduki tempat ketiga kumpulan masing-masing akan bersaing untuk penentuan tempat kelima. Naib juara kumpulan pula akan ke penentuan tempat ketiga.
Juara kumpulan pula akan bersaing merebut mahkota kejuaraan FIFA Youth Series yang dijangka berlangsung dari 19 hingga 23 Mei ini.
Kredit: Makan Bola