BOLA SEPAK
Malas nak bising-bising -- TMJ



Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar menerusi Instagram telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaru negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
"31 Januari semua dah lapor, cuma menunggu kelulusan Kerajaan aja. Malas nak bising-bising. #merekatakbiasa."
Dalam story instagram itu, TMJ bersama Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, sedang menjalani perbincangan dan Hector Hevel bergambar bersama ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.
Dan hari ini, perkembangan itu dikongsi kelab induknya di Portugal, Portimonense, yang mengumumkan kebanggaan mereka terhadap pemain tengah menyerang berusia 28 tahun tersebut yang terpilih untuk memperkuatkan Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2025 bertemu Nepal, 25 Mac ini.