LALIGA
Malaga tersingkir daripada LaLiga
LEVANTE 1 MALAGA 0
Malaga telah diturunkan ke Divisyen Segunda selepas mengharunbgi 10 musim berturut-turut dalam LaLiga.
Skuad Boquerones itu menjadi pasukan pertama dalam lima liga utama di Eropah yang jatuh musim ini setelah mengalami kekalahan 1-0 menentang Levante di Stadium Ciutat de Valencia, awal pagi tadi.
Jaringan Emmanuel Boateng pada minit ketiga masa kecederaan membawa Levante -- satu tangga di atas zon penyingkiran -- berkelebihan 17 mata yang tidak mampu lagi dikejar Malaga, yang hanya menghimpun 17 mata sepanjang musim ini.
Ia menandakan penampilan musim buruk untuk kelab itu, yang telah memecat kejua jurulatihnya, Michel, pada Januari lalu selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang jaringan.
Michel digantikan oleh Jose Gonzalez tetapi dia tidak dapat mencetuskan kebangkitan pasukan dan kini mereka diturunkan ke liga tahap kedua dengan masih berbaki lima perlawanan untuk diharungi.