Skip to main content

Bola Sepak

Makin tua makin menjadi -- kata De Paula

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

de-paula.jpg
Makin tua makin menjadi, kata pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula, sebagai repons kepada kritikan mengenai usianya untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan.

Penyerang berusia 34 tahun itu menambah bahawa dia bersedia mencurahkan segala-galanya buat skuad kebangsaan dan yakin mampu masih mampu memberikan sumbangan besar biarpun dalam usia yang kian lanjut.

Buktinya, pemain kelahiran Brazil itu menjaringkan dua gol ketika Perak mendahului Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super hujung minggu lalu sebelum skuad Harimau selatan itu bangkit mengikat kedudukan 2-2 pada penghujung permainan.

"Saya boleh katakan makin tua makin menjadi," katanya dalam sidang media skuad kebangsaan.

"Usia bukanlah satu masalah, anda dapat melihatnya di Eropah, mereka masih boleh bermain pada usia 35 hingga 36 tahun.

"Benar saya perlu kekal cergas dan jika mental saya cukup kuat, bagi saya ia bukanlah satu masalah.

"Malaysia juga mempunyai pemain muda yang bagus, jadi ia bukanlah satu masalah mengenai usia saya," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video