BOLA SEPAK
Makin tua Hidetoshi Nakata makin bergaya
Ikon bola sepak Jepun, Hidetoshi Nakata, tampak bergaya ketika mengenakan koleksi musim panas satu jenama pakaian antarabangsa.
Kini berusia 48 tahun, Nakata kelihatan tetap segak tetapi dengan gaya rambut berbeza.
Sejak bersara usai Piala Dunia 2006, pemain yang diberi jolokan Beckham Asia itu sering menjadi pilihan untuk mempromosikan pelbagai jenama selain merupakan seorang usahawan.
Dalam masa sama, paralimpian negara, Datuk Latif Romly, juga sering mendapat perhatian dalam dunia peragaan.
Dan minggu lalu dia bertindak sebagai model kepada koleksi fesyen terkini.
![](https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2025/02-feb/13/latif-romly.jpg)