Pemain sayap Persiraja Banda Aceh, Andik Vermansah, seakan-akan tidak berpuas hati selepas pasukannya gagal naik ke Liga 1 Indonesia apabila tewas kepada PSPS Riau dalam pusingan playoff Liga 2 2024/2025 pada Selasa lalu.
Menyingkap laporan media-media Indonesia, perlawanan itu dilaporkan berlangsung panas dengan beberapa keputusan kontroversi pengadil yang tidak memihak pasukan Aceh berkenaan.
Ketegangan memuncak selepas pengadil meniup wisel penamat dan mencetuskan reaksi emosi daripada pemain.
Satu insiden yang mencuri perhatian ialah tindakan Rizky Nasution apabila dilihat menghampiri dan mencekik pengadil utama sehingga memaksa pegawai keselamatan campur tangan bagi menenangkan keadaan.
Selepas perlawanan itu, kekecewaan bukan sahaja dirasai di atas padang, malah di media sosial. Andik, yang merupakan salah seorang pemain senior Persiraja, meluahkan kekecewaannya menerusi akaun Instagram peribadinya.
Dalam kirimannya, bekas tonggak Selangor dan Kedah itu mendedahkan keadaan bola sepak negaranya yang dikatakan merosot, sambil menandai akaun rasmi Liga Indonesia, Persekutuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), dan ketua umum badan induk itu, Erick Thohir.
"Menjadi pemain bola sepak profesional dari 2008 hingga sekarang, bermain bola sepak umpama wayang, @pt_lib @pssi @erickthohir. Liga busuk," tulis Andik.
Dalam perlawanan itu, PSPS Riau memperoleh kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Noriki Akada pada minit ke-73.