Pengendali T-Team, Rahmad Darmawan, mengesahkan pemain pertahanan, Abdoulaye Maiga, akan kembali dalam kesebelasan utama bertemu Kelantan di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu, malam ini, selepas pulih daripada kecederaan.
“Maiga direhatkan ketika bertemu Felda sebagai langkah berjaga-jaga, namun akan beraksi untuk perlawanan ini.
“Sudah tentu kami mahu mengekalkan rentak sebagaimana bertemu Felda dan pemain-pemain harus mengekalkan fokus serta tenang menyempurnakan peluang yang ada untuk mendapatkan gol,” katanya.
Menyedari tugas berat berdepan Kelantan, ketua jurulatih berasal dari Indonesia itu juga berharap pasukannya bangkit mencari kemenangan yang kali terakhir dicatat pada 11 Februari lalu ke atas Melaka United.
“Kelantan menang di Ipoh, tempoh hari, jadi mereka dalam prestasi terbaik sekarang.
“Pengalaman musim lalu menyedarkan saya, beraksi di Kota Bharu memerlukan kekuatan mental pemain kerana penyokong mereka begitu bersemangat.
“Barisan serangan juga perlu lebih berkesan untuk membantu kami memburu mata,” ujarnya lagi.
Bola Sepak
Maiga kembali perkukuh benteng T-Team
Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena