Mahu jadi seperti Gerrard atau McManaman? -- Soal Carragher kepada Trent Alexander-Arnold

Saufi Tahir
Disember 24, 2024 10:20 MYT
Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, percaya Trent Alexander-Arnold hanya akan mencemarkan legasinya ketika bersama The Reds sekiranya dia berpindah ke Real Madrid pada penghujung musim ini.
Pemain berusia 26 tahun itu berada dalam tahun terakhir kontraknya ketika ini bersama Liverpool, dengan dia rancak dikaitkan ke Santiago Bernabeu.
"Ia lebih daripada keputusan dalam bola sepak, ia mengenai legasinya di Liverpool dan bagaimana dia melihat perkara itu. Adalah anda mahu dilihat seperti Steven Gerrad atau Steve McManaman?

Christmas Number 1 pic.twitter.com/UidMqkieNv

— Trent Alexander-Arnold (@TrentAA) December 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia pergi ke Real Madrid dan memenangi piala, tetapi dia tidak dipuja. Sebagai pemain tempatan, Trent telah berada di sana selama 20 tahun. Saya rasa tidak bagus mempunyai perasaan pergi secara percuma. Saya jamin penyokong Liverpool akan rasa begitu.
"Perkara yang diharapkan daripada anda sebagai pemain tempatan. Saya fikir untuk meninggalkan Liverpool sangat sukar sebagai pemain tempatan.

No slowing down. Good to be back out there ?? pic.twitter.com/6AERVb82Ar

— Trent Alexander-Arnold (@TrentAA) December 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya mahu pergi dengan cara yang betul, jadi mereka akan ingat saya dengan cara yang betul. Jika dia kekal, dia akan diingati sebagai antara yang terbaik yang beraksi untuk kelab dan tidak jauh di belakang Gerrard." katanya kepada Sky Sports.
#Liverpool #Jamie Carragher #Trent Alexander-Arnold
;