Pemain kebangsaan Brazil, Antony, telah mengakui bahawa dia mempertimbangkan untuk bersara daripada bola sepak semasa melalui tempoh yang mengecewakan bersama Manchester United.
Dan kini dia telah 'menemui dirinya' yang sebenar sejak menyertai kelab Sepanyol, Real Betis.
Bekas tonggak AFC Ajax itu bergelut untuk mencapai prestasi terbaik dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya mencatatkan lima gol dan tiga bantuan jaringan dalam 62 penampilan dalam semua pertandingan.
Selepas Erik Ten Hag dipecat pada Oktober, Antony bukan menjadi pilihan buat jurulatih baharu, Ruben Amorim, dan dia dibenarkan menyertai Betis secara pinjaman sejak Januari.
Dia kelihatan seperti pemain yang dilahirkan semula sejak tiba di Seville, membantu Betis menduduki tempat keenam dalam LaLiga dan mara ke final Liga Persidangan Eropah (UECL), di mana mereka akan menentang Chelsea pada hari Rabu.
Dalam temu bual bersama media antarabangsa menjelang perlawanan itu, Antony membuka mulut tentang bagaimana perjuangannya di Old Trafford mempengaruhinya di luar padang.
"Saya selalu mengatakan bahawa saya mempunyai saat yang baik, tetapi saya juga mempunyai waktu yang sangat sukar.
"Bukan sahaja di atas padang tetapi di juga luar," katanya.
"Saya melalui beberapa masa yang sangat sukar di sana yang akhirnya memberi kesan kepada saya.
"Tetapi saya sangat bersyukur kerana saya berasa lebih matang, lebih bersedia dan lebih baik.
"Ia adalah saat apabila saya terfikir untuk berhenti bermain. Saya tidak lagi merasakan keinginan untuk bermain bola sepak kerana semua yang saya alami."

Antony is called back up to the Brazilian national team for their upcoming World Cup qualifiers ??
— ESPN FC (@ESPNFC) May 26, 2025
Well deserved ? pic.twitter.com/rC17AXxzVf