Sama ada dia masih bermain atau menyaksikannya di tempat duduk penyokong, Harry Maguire tidak sabar untuk menantikan penganjuran Euro 2028 di negara kelahirannya, England.
UEFA mengesahkan semalam bahawa bidaan United Kingdom (UK) dan Republik Ireland untuk menganjurkan Kejohanan Eropah itu diterima selepas perbncangan yang dilakukan susulan penarikan diri Turkiye.
10 stadium disenaraikan UK dan Ireland dalam bidaan mereka pada April lalu, di mana enam daripada venue itu merupakan stadium di England serta masing-masing satu di Ireland Utara, Republik Ireland, Scotland dan Wales.
England bimbingan Gareth Southgate layak ke final Euro 2020 dan pemain pertahanan itu mengakui tidak sabar untuk melalui satu lagi musim panas istimewa di negaranya pada 2028.
"Harap-harap saya dapat berada dalam skuad itu tetapi jika tidak, saya pasti akan menonton kejohanan itu," kata pemain berusia 30 tahun berkenaan.
"Saya akan berada di tempat duduk penonton bersama rakan-rakan saya dan memberikan sedikit saranan buat pasukan, membantu mereka. Sudah pasti saya akan berada di sana, sama ada sebagai penyokong atau pemain.
"Saya penyokong tegar pasukan England dan untuk memiliki kejohanan ini di negara saya... anda sendiri tahu bagaimana kejohanan lalu yang diadakan di negara ini, ia akan menyatukan seluruh negara. Ia akan menjadi perbualan di segenap pelosok.
"Saya pernah melalui aksi final menentang Itali di Wembley dan perngakirannya mengecewakan saya tetapi ia adalah tempat yang istimewa untuk kita melibatkan diri apabila pasukan ini beraksi di negara kami," katanya.