Skip to main content

Bola Sepak

Maguire akan didakwa lakukan serangan serius, kata polis Greece

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-maguire_1.jpg
Kapten Manchester United, Harry Maguire, dijangka akan menghadapi pertuduhan melakukan serangan serius selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pegawai polis di Mykonos.

Maguire ditahan bersama dua rakannya selepas terlibat dengan pertengkaran dengan pegawai polis di kepulauan Greece itu kelmarin.

Polis itu dipanggil bagi menyelesaikan pergaduhan di antara dua kumpulan di dalam sebuah bar.

Pemain kebangsaan England berusia 27 tahun itu tiba di Syros -- pusat pentadbiran daerah berkenaan -- semalam dan dijangka akan menghadapi pertuduhannya hari ini.

Peguam kepada Maguire, Konstantinos Darivas, dipetik sebagai berkata oleh The Guardian bahawa anak guamnya menafikan dakwaan itu dan amat yakin bahawa dia akan dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Tetapi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, jurucakap polis, Petros Vassilakis, berkata: "Selepas pergaduhan itu dileraikan, salah satu kumpulan -- dengan pemain bola sepak itu -- mula melakukan serangan verbal ke atas pegawai berkenaan.

"Terdapat beberapa orang pegawai polis di sana. Pada satu tahap, salah seorang daripada tiga mereka -- yang berusia 27, 28 dan 29 tahun -- melepaskan tumbukan kepada salah seorang anggota polis dan ia disusuli dengan pergelutan.

"Ketiga-tiga mereka sudah ditahan tetapi dalam proses itu, dua lagi pesalah, termasuk pemain bola sepak itu, turut bertindak ganas.

"Mereka menyerang sekurang-kurangnya dua anggota polis dengan tumbukan dan tendangan," katanya.

Vassilakis menambah: "Saya tidak boleh memberitahu anda apa yang mereka katakan kepada kami. Ia segala makian dalam bahasa Inggeris ke atas pihak berkuasa dan menghalang tugas pihak polis.

"Mereka akan menghadap pendakwa raya di kepulauan Syros hari ini untuk didakwa melakukan serangan serius."

Maguire dilantik sebagai kapten oleh pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, pada Januari lalu, hanya lima bulan selepas tiba daripada Leicester City dengan yuran perindahan £80 juta (RM437.7 juta) -- rekod perpindahan termahal dunia untuk seorang pemain pertahanan.

Dia melakukan 55 penampilan dalam kesemua kejohanan buat United musim ini, termasuk dalam setiap minit aksi Liga Perdana Inggeris, di mana skuad The Red Devils itu menamatkan saingan di tempat ketiga.

Dalam satu kenyataan semalam, United berkata bahawa mereka menyedari insiden yang berlaku itu dan Maguire telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa di Greece.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video