Skip to main content

Bola Sepak

Maciel: Kuala Lumpur semakin matang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fabio-maciel.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel, menganggap barisan anak buahnya telah belajar daripada kesilapan lalu untuk akhirnya meraih tiga mata sewaktu berdepan PKNS FC dalam aksi Liga Super, semalam.

Selepas tewas 3-0 ditangan Perak tempoh hari, Fabio melakukan beberapa perubahan strategi dalam memastikan mereka tidak kempunan untuk terus tewas, apatah lagi di laman sendiri. 

Aksi barisan pemain nyata berbeza jika dibandingkan dengan perlawanan pada Ahad lalu dan mereka tidak mensia-siakan peluang terhidang untuk menghasilkan jaringan.

Gol pertama sememangnya memberikan semangat berterusan kepada pasukan untuk terus menyekat kemaraan PKNS, sebelum mereka menyamakan kedudukan dan tuan rumah kembali membalas untuk berada di depan. 

"Kami memulakan perlawanan dengan lima pemain pertahanan, adakala kami meletakkan tiga penyerang di bahagian hadapan. 

"Sesetengah perlawanan anda perlu belajar bila untuk menderita dan bertahan. Kami telah membuktikan dalam beberapa perlawanan terdahulu bahawa kami mampu bertahan," ujar Fabio Maciel. 

Pengendali PKNS, Datuk K. Rajagobal, pula berpendapat aksi memberangsangkan yang ditampilkan anak buahnya pada separuh masa pertama tidak seharusnya berakhir dengan kekalahan. 

Baginya, benteng pertahanan tuan rumah yang beraksi cemerlang jelas menjadi punca kegagalan pemain untuk menjelmakan jaringan sehingga tewas 1-2.

"Ada masanya Kuala Lumpur cuba melancarkan serangan balas dan kelihatan berbahaya. 

"Namun, saya ada keyakinan bahawa pemain saya mampu berbuat sesuatu. 

"Pemain sulit menembusi pertahanan lawan, melakukan larian ke belakang atau dari depan pertahanan," kata Rajagobal.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video